JavaScript Free Code

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, November 29, 2012

Melalui video ini, memudahkan saya menerangkan bahawa pmbesaran tumbuh-tumbuhan.


Saturday, November 24, 2012

Bencana Tsunami telah melanda Malaysia pada 26 Disember 2004.
Apakah Tsunami?
Tsunami adalah siri onbak-ombak yang terlalu panjang yang mana terbentuk selepas sejumlah besar isipadu air dialihkan. Walaupun tidak adaa pengiraan isipadu air yang menjadi kuantiti standard yang akan menghasilkan tsunami, jumlah yang dipindahkan mesti cukup penting untuk menghasilkan ombak-ombak di bawah lautan luas. Ombak-ombak terbentuk apabila pindahan jumlah air yang besar bergerak di bawah pengaruh graviti untuk mendapat kembali equilbrium dan menyemarak sepanjang lautan seperti pergerakan pada permukaan air yang dipuput angin di atas kolam. Lebih besar isipadu perpindahan, lebih besarlah ombak yang akan dihasilkan. Secara amnya, tsunami boleh dihasilkan dengan empat cara seperti berikut iaitu gempa bumi, gunung berapi, tanah runtuh, extraterrestrial collision.


  

Wednesday, November 21, 2012

Funny way to learn shapes
Semasa saya mengajar tentang bentuk, saya menayang video ini dan murid berasa seronok dan mengikut menyanyi dengan bersama-sama.




Dengan cara mengajar yang penggunaan tayangan video akan menarik minat murid untuk belajar satu topik.

Friday, November 16, 2012

Latihan selepas mengajar topik cara pengerakan haiwan



Cara pergerakan haiwan


Gambar-gambar murid menjalankan aktiviti kumpulan di dalam kelas.


 Inilah hasil kerja kumpulan saya....


Kumpulan kita mencipta kereta yang comel:-):-)


Tabung yang boleh simpan duit.....


Inilah tempat menyimpan pensel.......


Hasilan kerja semua kumpulan. cantik???


Selepas aktiviti kumpulan, mengambil gambar untuk menjadi kenangan:-):-):-) Senyum...........




Setiap orang mempunyai tanggungjawab untuk menjaga persekitaran dan menjaga kebersihan di sekeliling tempat kita. Pada pendapat saya, konsep kitar semula sangat penting dan harus diserapkan kepada setiap murid. Sebagai seorang pendidik, ibu bapa kita harus mengajar murid atau anak kita cintailah persekitaran kita. Untuk menerapkan kepentingan kitar semula kepada murid saya, saya menyuruh murid saya membawa barang atau bahan yang terpakai atau sudah tidak berguna ke sekolah. saya mengajar mereka membuat sesuatu dengan penggunaan barang yang terpakai. Murid saya berasa seronok dan ingin mencuba membuat sesuatu yang kreatif. Selain itu, murid-murid mengamalkan sikap bekerjasama semasa aktiviti kumpulan yang dilaksanakan.








 

Wednesday, November 14, 2012

Pengawasan Cerun


Musim hujan bermula, tips-tips mengenali tanda-tanda awal tanah runtuh dan pelajari bagaimana untuk mengawasi kawasan sekitar anda.

Sebelum tanah runtuh
a. Wujudkan dan mulakan system amaran awal di kalangan penduduk dalam komuniti anda.
b. Merancang pelan perpindahan. Ketahui cara dan jalan untuk menyelamatkan diri anda dan keluarga.

Ketika tanah runtuh
a. Maklumkan jiran yang berdekatan. Jiran anda mungkin tidak menyedari yang berlaku. Tindakan pantas anda mampu menyelamatkan nyawa.
b. Selamatkan diri. Keluar dari kawasan yang terdedah pada tanah runtuh dengan segera. Jika anda berada di rumah sewaktu berlakunya tanah runtuh, cara paling selamat adalah berlindung di bawah objek yang kukuh. Ini bagi mengurangkan kecederaan akibat dihempap objek berbahaya seperti bumbung rumah.

Selepas tanah runtuh
1. Pastikan jika ada individu atau haiwan dalam komuniti anda tercedera atau terperangkap. Anda tidak dibenarkan memasuki kawasan itu, sebaliknya hanya maklumkan kepada pasukan penyelamat. Arahkan penyelamat ke lokasi tersebut.
2. Sedia mendengar arahan daripada pihak berkuasa dan pengurusan bencana untuk perkembangan lanjut.
3. Jauhi kawasan tanah runtuh. Ini kerana runtuhan susulan mungkin boleh berlaku disebabkan oleh tanah yang masih kurang stabil.   


1. Bonjolan pada kaki cerun atau tembok penahan.
2. Air kelihatan pada permukaan tanah di lokasi baru.
3. Air kelihatan di permukaan cerun.
4. Pagar, tembok penahan, tiang, pokok yang condong atau semakin tumbang.
5. Rekahan di permukaan cerun.
6. Paip bawah tanah yang rosak.
7. Rekahan kelihatan di permukaan tanah atau rumah, bangunan atau struktur lain.
8. Pintu atau tingkap yang melekat buat pertama kalinya. 
9. Rekahan semakin melebar di permukaan tanah seperti di jalan yang berturap atau di halaman.
10.Pergerakan tanah atau hakisan kecil.
11.Dinding luar, laluan pejalan kaki atau tangga yang mula menjauhi bangunan.

Saya mengajar murid membuat reka bentuk"puzzle tujuh warna". Murid-murid boleh mencipta gambar mengikut kreativiti sendiri. Saya sangat gembira melihat mereka melibatkan diri dalam aktiviti ini dengan aktif. 


alat bantu mengajar: "puzzle tujuh warna"



Guru menerangkan cara penggunaan "puzzle tujuh warna".


Murid sedang berfikir cara membuat gambaran yang menarik.....


Sudah menyiapkan tugasan...nampak macam penat sahaja.....senyum sikit:-)



ye...ye...sudah siapkan gambaran!!!!!

Saya mengajar murid darjah 1 tentang topik mengenal bunyi binatang dengan penggunaan tayangan video. Murid-murid berasa gembira dan suka lirik lagu ini. Mereka boleh mengenal nama haiwan dan bunyi haiwan dengan jelas daripada lagu ini. selain itu, saya juga menerapkan nilai murni iaitu sayang akan binatang kepada anak murid saya, saya berharap mereka boleh mengamalkan sikap ini dalam kehidupannya.

Monday, November 12, 2012

Aktiviti-aktiviti kumpulan yang membuat eksperimen "tenggelam" dan "timbul"








Saya menyediakan alat bantu mengajar seperti bahan ukuran, pensel, gunting, daun, syling dan sebagainya untuk membuat eksperimen tentang topik "tenggelam" dan "timbul". Murid-murid dibahagikan kepada empat kumpulan untuk menjalankan eksperimen. Murid-murid memasukkan daun, syling, pensel dan memerhati barang itu akan "tenggelam" atau "timbul". Dengan membujat eksperimen, murid boleh memahami konsep "tenggelam" dan "timbul" lebih jelas daripada memberi teori. Objektif pengajaran dan pembelajaran telah mencapai dan murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan dengan bersemangat dan gembira.




Sunday, November 11, 2012

Hasil Latihan murid-murid

Selepas mengajar topik tentang peringkat tumbesaran rama-rama dan katak, saya mengedarkan latihan kepada murid untuk mengetahui adakah mereka menguasai kemahiran yang saya telah ajar pada waktu pengajaran dan pembelajaran. Alhamdullillah, murid-murid boleh menyiapkan latihan dengan tepat dan menguasai kemahiran. Yang berikut adalah hasil latihan murid,


Hasil latihan murid  1



Hasil latihan murid 2




Saturday, November 10, 2012

Lagu "Ikan kekek"

Sebelum mengajar topik tentang "cara pergerakan haiwan", saya mengajar anak murid menyanyi lagu "Ikan kekek". mereka berasa seronok dan suka lagu in. Dari tayangan ini, murid boleh mengetahui cara pergerakan ikan ialah berenang. Set induksi yang penggunaan tayangan video sangat menarik minat murid untuk menimba ilmu seterusnya.

Tuesday, November 6, 2012


Selepas mengajar peringkat tumbesaran rama-rama, saya menyayang video tentang peringkat tumbesaran katak. Saya akan menerangkan istilah sains dalam bahasa Melayu kepada murid-murid. Mereka memahami peringkat tumbesaran katak dengan jelas dan boleh menyiapkan latihan yang saya sediakan selepas pengajaran dan pembelajaran.
Hari yang saya mengajar topik tentang peringkat tumbesaran rama-rama, saya menayang video proses tumbesaran kepada murid-murid. Mereka belajar dengan bersungguh-sungguh dan seronok. selain itu, mereka lebih memahami objektif pengajaran dan pembelajaran saya ajar dengan penggunaan ICT daripada penggunaan gambarajah. Selepas menonton video yang tersebut, saya menyuruh murid ulang semula proses tumbesaran rama-rama iaitu telur - ulat - beluncas -rama-rama. Murid-murid saya mencapai objektif pada hari ini.