Musim hujan bermula, tips-tips
mengenali tanda-tanda awal tanah runtuh
dan pelajari bagaimana untuk mengawasi kawasan sekitar anda.
Sebelum tanah runtuh
a. Wujudkan dan
mulakan system amaran awal di kalangan penduduk dalam komuniti anda.
b. Merancang
pelan perpindahan. Ketahui cara dan jalan untuk menyelamatkan diri anda dan
keluarga.
Ketika tanah runtuh
a. Maklumkan
jiran yang berdekatan. Jiran anda mungkin tidak menyedari yang berlaku.
Tindakan pantas anda mampu menyelamatkan nyawa.
b. Selamatkan
diri. Keluar dari kawasan yang terdedah pada tanah runtuh dengan segera. Jika
anda berada di rumah sewaktu berlakunya tanah runtuh, cara paling selamat
adalah berlindung di bawah objek yang kukuh. Ini bagi mengurangkan kecederaan
akibat dihempap objek berbahaya seperti bumbung rumah.
Selepas
tanah runtuh
1. Pastikan jika
ada individu atau haiwan dalam komuniti anda tercedera atau terperangkap. Anda
tidak dibenarkan memasuki kawasan itu, sebaliknya hanya maklumkan kepada
pasukan penyelamat. Arahkan penyelamat ke lokasi tersebut.
2. Sedia
mendengar arahan daripada pihak berkuasa dan pengurusan bencana untuk
perkembangan lanjut.
3. Jauhi kawasan
tanah runtuh. Ini kerana runtuhan susulan mungkin boleh berlaku disebabkan oleh
tanah yang masih kurang stabil.
1. Bonjolan pada kaki cerun atau tembok penahan.
2. Air kelihatan pada permukaan tanah di lokasi baru.
3. Air kelihatan di permukaan cerun.
4. Pagar, tembok penahan, tiang, pokok yang condong atau semakin tumbang.
5. Rekahan di permukaan cerun.
6. Paip bawah tanah yang rosak.
7. Rekahan kelihatan di permukaan tanah atau rumah, bangunan atau struktur lain.
8. Pintu atau tingkap yang melekat buat pertama kalinya.
9. Rekahan semakin melebar di permukaan tanah seperti di jalan yang berturap atau di halaman.
10.Pergerakan tanah atau hakisan kecil.
11.Dinding luar, laluan pejalan kaki atau tangga yang mula menjauhi bangunan.
Tahniah. Teruskan usaha menambah maklumat.
ReplyDeleteTerima kasih. Saya akan berusaha lagi.
ReplyDelete