JavaScript Free Code

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, November 14, 2012

Pengawasan Cerun


Musim hujan bermula, tips-tips mengenali tanda-tanda awal tanah runtuh dan pelajari bagaimana untuk mengawasi kawasan sekitar anda.

Sebelum tanah runtuh
a. Wujudkan dan mulakan system amaran awal di kalangan penduduk dalam komuniti anda.
b. Merancang pelan perpindahan. Ketahui cara dan jalan untuk menyelamatkan diri anda dan keluarga.

Ketika tanah runtuh
a. Maklumkan jiran yang berdekatan. Jiran anda mungkin tidak menyedari yang berlaku. Tindakan pantas anda mampu menyelamatkan nyawa.
b. Selamatkan diri. Keluar dari kawasan yang terdedah pada tanah runtuh dengan segera. Jika anda berada di rumah sewaktu berlakunya tanah runtuh, cara paling selamat adalah berlindung di bawah objek yang kukuh. Ini bagi mengurangkan kecederaan akibat dihempap objek berbahaya seperti bumbung rumah.

Selepas tanah runtuh
1. Pastikan jika ada individu atau haiwan dalam komuniti anda tercedera atau terperangkap. Anda tidak dibenarkan memasuki kawasan itu, sebaliknya hanya maklumkan kepada pasukan penyelamat. Arahkan penyelamat ke lokasi tersebut.
2. Sedia mendengar arahan daripada pihak berkuasa dan pengurusan bencana untuk perkembangan lanjut.
3. Jauhi kawasan tanah runtuh. Ini kerana runtuhan susulan mungkin boleh berlaku disebabkan oleh tanah yang masih kurang stabil.   


1. Bonjolan pada kaki cerun atau tembok penahan.
2. Air kelihatan pada permukaan tanah di lokasi baru.
3. Air kelihatan di permukaan cerun.
4. Pagar, tembok penahan, tiang, pokok yang condong atau semakin tumbang.
5. Rekahan di permukaan cerun.
6. Paip bawah tanah yang rosak.
7. Rekahan kelihatan di permukaan tanah atau rumah, bangunan atau struktur lain.
8. Pintu atau tingkap yang melekat buat pertama kalinya. 
9. Rekahan semakin melebar di permukaan tanah seperti di jalan yang berturap atau di halaman.
10.Pergerakan tanah atau hakisan kecil.
11.Dinding luar, laluan pejalan kaki atau tangga yang mula menjauhi bangunan.

2 comments: